Saturday, 25 February 2012
NEVER PLANNED THAT ONE DAY I BE LOSING YOU :'(
Bagaimana rasanya jika cinta kita bertepuk sebelah tangan? Jika cinta kita tak berbalas? Jika cinta kita tidak kesampaian? Jika cinta kita ditolak? Kita selalu membaca dan mendengar cerita yang bermula dengan sedih tapi berakhir dengan gembira, jarang kita mendapat cerita2 yang daripada mula sampai akhir hanya dipenuhi dengan duri ranjau, rintangan demi rintangan dan cinta penuh konflik. Cinta anda pernah ditolak? Bagaimana respon anda? Mungkin ianya mengikut keadaan dan tahap mana anda serius terhadap perasaan anda sendiri kepada seseorang. Cinta bukan boleh dipaksa-paksa dan cinta bukan satu mainan perasaan dimana anda boleh mendapatkannya dengan mudah…tetapi bagaimana jika semua itu bukan untuk anda biar sekuat mana cinta anda kepadanya. Sy tertarik kepada satu kata-kata yang ditayangkan di skrin semasa sy menghadiri majlis perkahwinan saudara beberapa hari yang lepas berbunyi “Sometimes, to love someone is to let go the person. If the person never returns to you, means the person is not fate to be with you. If the person comes back to you, then it’s yours to keep and take care the person for the rest of your life.” dan kemudian lagu Maher Zain pulak berkumandang dengan tajuk yang sama...For The Rest Of My Life. Kadangkala perasaan kecewa dan sedih meliputi hati kita bila cinta kita tidak berbalas, namun ada jugak yang sudah bersedia dengan apa jua keputusan yang bakal dia terima. Sekuat dan selemah mana anda menerima kegagalan cinta anda jugak mempengaruhi persepsi anda terhadap cinta pada masa akan datang...Ada orang mengatakan, cinta bukan datang sekali, tapi berkali-kali, cuma daripada yang berkali-kali itu,cinta sejati hanya satu...
Suatu petang, suatu ketika..disebuah tempat yang cukup tenang dan sunyi.
Awak.
Awak.
Tak tahu macam mana saya nak mulakan. Tak tahu macam mana saya nak berkata-kata. Awak tahukan saya sangat-sangat mencintai awak. Sangat-sangat. Tak pernah saya rasakan perasaan ini sehinggalah saya bertemu dengan awak. Saya ingat lagi kita sama-sama tidak begitu mengenali tapi entah macam mana kita bertegur sapa dan terasa ada keserasian luar dalam antara kita. Hati tak pernah tipukan awak. Saya cintakan awak. Tidak kira apa rintangan dan dugaan, saya akan tempuhi semua itu kerana awak...bersama awak. Tapi awak?
Kenapa awak buat semua ni kat saya? Kenapa? Awak tak sayang saya ke? Awak tak tahu ke apa yang saya rasa? Kenapa tirai kesedihan mula membasahi pipi saya tatkala saya mula sayang pada awak?
Saya masih ingat lagi, satu masa dulu awak pernah jatuh sakit masa kita berjalan-jalan. Saya hantar awak ke klinik dan doktor mengatakan awak perlu ke hospital dengan segera tapi awak enggan. Awak cakap cuma penat dan letih kerana kerja seharian. Saya tak membantah tapi rupanya awak memang sakit kan? Sengaja awak rahsiakannya daripada saya selama ni...
Awak.
Awak.
Mungkin saya tak dapat nak mendengar suara awak lagi tapi saya tetap akan selalu melawat awak dan bercerita dengan awak. Dulu awak yang selalu sangat bercerita, saya dengar je celoteh awak. Jangan tinggalkan saya. Hidup saya sepi tanpa awak.. Saya sayangkan awak.
Tak pelah awak. Esok saya datang lagi. Awak jaga diri baik-baik ye. Saya akan sentiasa sedekahkan awak Al Fatihah, semuga awak bersama mereka yang dirahmati. Selamat tinggal awak...saya tetap sayang awak selama-lamanya.
Tuesday, 7 February 2012
1. Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
7. Leher di tengah - Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri - Malas dan suka duduk
14. Betis kanan - Suka berhibur, boros
15. Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan - Cerdas dan cekap
22. Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri - Suka berfoya-foya
26. Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
30. Batang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung - Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan - Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
35. Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
36. Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
37. Tumit kiri - Baik budi
38. Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
39. Alis kiri - Ramai yang suka
40. Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
41. Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
42. Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
43. Jari kaki kanan - Suka menolong
44. Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
45. Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
46. Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
47. Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
48. Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
49. Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
50. Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
51. Pipi kanan - Ramai teman
52. Tengah-tengah pipi kanan - Ramai yang suka
53. Tengah-tengah pipi kri - Ramai teman
54. Ubun-ubun - Kurang jujur
55. Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
56. Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
57. Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
58. Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
59. Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
60. Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
61. Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
62. Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
63. Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
64. Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
65. Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
66. Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
67. Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
68. Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
69. Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
70. Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
71. Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
72. Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
73. Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
74. Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
75. Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
76. Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
77. Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
78. Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
79. Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
80. Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
81. Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
82. Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana
Subscribe to:
Posts (Atom)