boboy : Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
gugirl : Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.
boboy : Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
gugirl : Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.
boboy : Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
gugirl : Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.
boboy : Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
gugirl : Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.
boboy : Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
gugirl : Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.
boboy : Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
gugirl : Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.
boboy : Bersikap pemurah atau boros.
gugirl : Bersifat kedekut atau berjimat.
boboy : Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
gugirl : Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.
boboy : Tidak fokus kepada sesuatu perkara
gugirl : Fokus kepada sesuatu perkara.
boboy : Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
gugirl : Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.
boboy : Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
gugirl : Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.
boboy : Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
gugirl : Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.
boboy : Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
gugirl : Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan
boboy : Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
gugirl : Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.
boboy : Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
gugirl : Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.
boboy : Tidak suka bercakap tentang pasangannya
gugirl : Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya
boboy : Agak keberatan meminta maaf
gugirl : Lebih mudah meminta maaf
boboy : Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
gugirl : Risau apabila menghadapi kesukaran
boboy : Suka MEMBUAT keputusan
gugirl : Suka MENGIKUT keputusan
boboy : Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
gugirl : Suka bersama keluarga