Sunday, 18 December 2011

10 situasi lelaki yang harus wanita fahami vs 10 perkara lelaki perlu tahu ketika wanita pergi bershooping :) .
 
               10 situasi lelaki yang harus wanita fahami :
1. Bila si dia sibuk....... .Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego.......Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik.... ....Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran....... . .Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat.......Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... .... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong. ....Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba..... ...Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang......Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul......Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
  
10 perkara lelaki perlu tahu ketika wanita pergi bershooping:
1) Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur,barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah... tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala";
2) Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk
bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas
shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini,
biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti
ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur
berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit;
3) Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan;
4) Semasa berkereta atau dalam perjalanan ke komplek membeli belah..
eloklah tanyakan kepada isteri ......apa barang yang ingin beli, apa
kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak
pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya;
5) Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia
sendirian sambil kita pula merayau kedai lain;
6) Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelik tak abang kain ni untuk saya"...? Berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada pandangan abang ........" Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap;
7) Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah
penilaian terakhir bagi mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika
barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka;
Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping... Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya;
9) Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah
dibeli tadi, pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak
memilih barangan itu; dan
10) PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di
tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah
masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.
Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami / pakwe yang romantis di lorong-lorong kompleks membeli belah. Percaya lah, jika tips ini anda amalkan, dia akan dengan senyap membeli hadiah untuk anda tanda CINTAnya kepada anda. Dan dengan rasa megah menceritakan kepada kawan2nya, "baju ni hubby i yang pilih"